KENINGAU : Perkongsian pintar melalui program akademik antara Universiti Malaysia Sabah, Pejabat Pelajaran Daerah ini dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau akan menyemarakkan lagi semangat ingin maju dalam pelajaran dikalangan pelajar di negeri ini , sehingga berjaya ke peringkat pengajian tinggi.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Innováis, Sekolah Pendidikan Pembangunan Social, Universiti Malaysia Sabah ,Profesor Madya Dr. Naimah Yusoff
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Sabah Awang Jaya Awang Damit berkata usaha murni institusi pendidikan dalam menjana modal insane yang cemerlang akan memberi manfaat yang baik kepada generasi pelajar sejak peringkat awal persekolahan lagi. Ini katanya dapat dilaksanakan melalui anjuran program kecemerlangan akademik yang dianjurkan bersama oleh institusi pendidikan.” Kerjasama padu antara UMS, PPD dan IPGM adalah langkah terbaik sebagai perkongsian pintar ilmu yang menambah semangat daya saing pelajar untuk sampai ke menara gading dalam dunia pendidikan”katanya ketika merasmikan program Skor A, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah peringkat Dearah Keningau di dewan Kuliah Utama Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Pada masa sama Awang menggesa pengurus sekolah di negeri ini agar sentiasa mempunyai daya kepimpinan yang kreatif, inovatif dan aktif bersama warga pendidik dalam organisasi sekolah untuk bekerjasama merancang, melaksana dan mempraktikkan dalam proses pengajaran-pembelajaran di sekolah.
Katanya pendidik wajar menggunakan pelbagai kemahiran yang diperolehi semasa latihan, pengalaman sebelum menjadi warga pendidik terlatih dan telah disahkan jawatan.
Katanya pendidik yang kreatif tidak perlu hanya menunggu program arahan Jabatan Pelajaran tetapi juga perlu bijak merancang program yang sesuai, menarik minat pelajar dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.” Pengurus sekolah tidak perlu hanya menunggu arahan untuk mengadakan program yang bertemakan kecemerlangan pelajar tetapi merancang, melaksana program yang memberi manfaat kepada anak didik”katanya.
Program Skor A yang berlangsung selama dua hari adalah anjuran Kelab Pelajar Sarjana Pendidikan ambilan 2008/2009 , sekolah pendidikan dan pembangunan sosial ,Universiti Malaysia Sabah.
Lebih 150 pelajar terdiri daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini dan 110 guru matapelajaran hadir daripada 72 buah sekolah rendah sekitar daerah Pedalaman.-END
Tiada ulasan:
Catat Ulasan