Ahad, 19 Disember 2010

LEBIH 300 KELUARGA 1928 BERTEMU















KUALA PENYU: Sambutan Tahun 2011,terus bermakna apabila lebih 300 keluarga warisan Anggak dan Maria Sunai(1928)dipertemukan sempena perayaan 3+1 iaitu Hari Keluarga,Ulang Tahun St Thomas Becket dan Krimas, bertempat di Dewan utama St Thomas Kampung Kalampun Menumbok, Kuala Penyu hari ini , dekat sini.
Majlis yang merupakan anjuran kali ke-2 itu, dirasmikan oleh Bishop Datuk Cornelius Piong.Hadir sama Fr.Justin Joannes, Pengerusi MPP St Peter Bundu Syelvester Tharin, Timbalannya Simon Masusih dan Timbalan Jimmy Chong serta Adun Kuala Penyu Yang Berhormat John Teo, mantan pemimpin Datuk John Ghani, Sebastian Dirih Anjim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kuala Penyu Marcelinus Piong, David Etin, serta umat sekitar Paroki St Peter Bundu.
Perayaan dimulai dengan gotong royong muhibbah membungkus pulut oleh warisan keluarga Anggak dan Maria Sunai pada 27 December 2010 dan pemberkatan pusara Anggak dan Maria Sunai pada 28 Disember 2010 pada sebelah pagi dan disusuli dengan acara sembahyang kesyukuran di gereja St Thomas Becket. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara pentas di dewan terbuka St Thomas.
Cornelius dalam ucapannya perasmiannya dimajlis itu menyambut baik inisiatif keluarga warisan anggak dan Maria Sunai mengadakan perayan hari keluarga sebagai mengingati orang tua terdahulu dan menjadi majlis pertemuan generasi keluarga yang terpisah dan memerlukan program untuk bertemu semula sebagai keluarga besar yang akan disambut setiap tahun bermula 2009. Katanya ini selaras dengan usaha kerajaan merealisasikan semangat 1Malaysia.
Katanya komuniti keluarga, adalah bermula dirumah dan sekiranya keluarga terus bertumbuh dengan rasa tanggungjawab selaras dengan usaha kearah Keluarga Bahagia dan mempunyai rasa kekitaan antara sesama.
Katanya keluarga adalah segala-galanya dalam kehidupan, maka perlu ada usaha berterusan untuk menjalinkan hubungan kekitaan dalam keluarga terutama dalam menghadapi arus globalisasi dan kemajuan teknologi yang menjadi cabaran alaf baru ini.
Justeru itu katanya generasi muda perlu kembali kepada keharmonian keluarga dan mengutamakan amalan kepercayaan masing-masing dalam kehidupan dengan sentiasa mendengar,membaca untuk menambah pengetahuan rohani untuk sentiasa ingat dan percaya bahawa setiap agama mengajar umatnya kearah kebaikan sejagat.
“ Kita berharap melalui perayaan yang berpusat kepada komuniti keluarga akan terus bertumbuh dan memberi kesan supaya keluarga terus berkembang dengan suasana bahagia,harmoni,bersatupadu dan sentiasa mengenang jasa ibubapa,hormat-menghormati dan membangun bersama dalam rohani mulai dari keluarga masing-masing.
Cornelius berkata, usaha menjadikan perayaan keluarga besar Anggak dan Maria Sunai akan mendidik generasi muda dan akan datang supaya terus menyedari kepentingan mengetahui asal-usul keluarga yang akan terus bertumbuh bersama dengan nilai-nilai murni sebagai warisan keluarga bahagia.
Sementara itu Pengerusi Penganjur, Wilfred Francis Cladius Andin dalam ucapannya, bersyukur kerana perayaan hari keluarga kali ke-2 telah Berjaya menemukan keluarga jauh dan dekat bersama memeriahkan majlis. Katanya sambutan baik dari seluruh keluarga Anggak dan Maria Sunai menjadikan majlis lebih bermakna dan mengeratkan lagi tali persaudaraan keluarga warisan sejak 1928.
Sempena majlis itu, beberapa warga emas warisan Anggak dan Maria Sunai iaitu Anak Kadir,Kundiong Rajis, Nenek Kalampun menerima penghargaan RM100 sebagai hadiah sempena perayaan Krismas dan mengenang jasa orang tua yang masih ada.
Wilfred juga merakamkan penghargaan kepada semua anggota keluarga yang membantu menjayakan perayaan dengan memberi kerjasama padu,sumbangan idea,kewangan,hadiah termasuk pemimpin masyarakat yang memberi sumbangan kewangan.
“ Kita berharap dengan komitmen dan semangat kekeluargaan yang ada,perayaan ini terus berkembang dan dipimpin oleh generasi akan datang yang bakal menjadi pelapis kepada program murni menghimpunkan keluarga besar ini sampai bila-bila kelak”katanya.
Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara antaranya Cabutan Tiket Bertuah,Pertukaran hadiah antara keluarga,persembahan keluarga Piong,Kalampun, Persembahan Belia St Thomas, Drama bertemakan aktiviti masa lalu dengan tajuk 6 Ibu Geng Karas pergi memancing oleh Komuniti Wanita Katolik St Thomas, Karaoke,Tarian Sayau Tatana oleh ketua keluarga , Bishop dan Jemputan serta jamuan keluarga.
Dalam pada itu, Bishop sekali lagi mengumumkan pusat perayaan akan datang ialah keluarga warisan anggak dan Maria Sunai yang tinggal di Kasugira Kayul Kuala Penyu dan mengekalkan pengerusi tetap penganjur iaitu Encik Wilfred Francis Claudius Andin.
Dimajlis itu, Pengasas perayaan Claudius Andin Simboh muncul penerima bertuah apabila memenangi sebuah televisyen versi baru LCD Skrin dalam acara cabutan tiket bertuah. Lebih 30 hadiah utama dimenangi oleh para tetamu dan keluarga yang hadir dengan Televisyen adalah hadiah utama. -END.






Ahad, 12 Disember 2010

PROGRAM OUTREACH BABALITAN-LOGONGON,PENSIANGAN






PROGRAM OUTREACH BABALITAN-LOGONGON, PENSIANGAN
Seramai 99 pelajar Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial UMS telah terlibat dalam satu program iaitu “Program Outreach Babalitan-Logongon, Pensiangan” selama 4 hari dimana program ini bermula pada 04 hingga 08 Disember 2010, yang dianjurkan oleh Exco Kepimpinan dan Latihan, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Pendidikan (PERMADIK) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS. Program ini telah dilaksanakan di tiga buah sekolah di dua daerah iaitu SK Salarom Taka (04 Disember); SK Babalitan, Nabawan (05 hingga 07 Disember 2010) dan di SK Logongon, Pagalungan (07 hingga 08 Disember 2010).
Sepertimana program-program outreach terdahulu, matlamat utama adalah mempertingkat pendidikan dalam masyarakat menerusi pelbagai aktiviti sosial dan akademik. Tiga kumpulan yang disasarkan, iaitu murid, remaja dan golongan ibu bapa. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengendalikan aktiviti-aktiviti yang mampu mendorong komuniti setempat untuk tidak ketinggalan dalam arus perubahan global; selain berimpak tinggi terhadap pembangunan komuniti khususnya dalam aspek kesedaran pendidikan, mental, kemahiran dan semangat mereka menghadapi arus perubahan global. Secara tidak langsung meningkatkan kualiti sosio-ekonomi masyarakat pedalaman.
Slot-slot bagi subjek UPSR, iaitu aritmetik, “Learning Science Fun” dan “Learning English Fun” melibatkan murid-murid dari sepuluh buah sekolah-sekolah rendah di sekitar Babalitan, Nabawan yang telah dikendalikan oleh mahasiswa/i yang turut serta. Selain itu, belia-belia di sekitar kawasan Nabawan, Pagalungan dan Pensiangan juga telah dijemput untuk menghadiri slot-slot ceramah berkaitan peluang-peluang latihan kemahiran yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan. Bagi kalangan ibu bapa pula, ceramah yang bertajuk “Membina Bumi Sihat” juga telah disampaikan olek Encik Kasbullah Mangun di dewan Kampung Salarom Taka. Ceramah memberi tumpuan terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar, menjimatkan kos hidup dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk Kampung Salarom Taka. Para peserta berkesempatan mendekati masyarakat murut menerusi lawatan-lawatan di rumah panjang Babalitan, Bantulon dan Silungai. Menerusi lawatan tersebut beberapa ceramah dan perbincangan dijalankan.
Disamping itu, Aktiviti sukaneka dan sukan rakyat juga telah dilaksanakan oleh para peserta program ini bersama dengan para pelajar serta penduduk di Babalitan dan Pagalungan. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan interaksi dan mengeratkan hubungan dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.
Program “outreach” Babalitan-Logongon, Pensiangan ini merupakan program “outreach” terbesar pernah diadakan, yang melibatkan 105 peserta daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMS, dengan penyertaan lebih 30 buah kampung di sekitar Nabawan, Pagalungan dan Pensiangan. Bagi memastikan kelancaran program, pihak Jawatankuasa SUEC bekerjasama dengan UMNO bahagian Pensiangan, Pejabat Pelajaran Nabawan-Pensiangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (Pensiangan), Biro Tata Negara dan Alumni UUM. Manakala Jawatankuasa SUEC menghantar tujuh orang kordinator, En. Kasbullah Mangun, PM Dr Jumat Sulaiman, En. Md Mahadzir Rahimi, En. Md Rizal Lakim, En. Surindra Kumar, En. Jamidia Belun dan En A. Rahmat, bagi membantu Pengerusi SUEC Dr Khalid Johari. Program “outreach” kali ini diketuai oleh saudara Md Adi Madikka, pelajar Tahun Tiga, Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial, UMS.
Majlis penutupan program ini dihadiri hampir 1000 orang penduduk dari sekitar Nabawan, Pagalungan dan Pensiangan, dan diadakan di Balai Budaya Kampung Logongon, Pagalungan. Perasmian penutupan dilaksanakan oleh Datuk Abdul Ghani Bin Datuk Mohd Yassin, Ketua UMNO Pensiangan. Turut hadir En. Ahuar Rasam, Timb. Ketua UMNO Pensiangan, En Wahanin Ismain, Naib Ketua UMNO Pensiangan.. En Kinus Lindas @ Abdul Rahman, Ketua Daerah Kecil Pagalungan, En Hasipin Harinin, Pen. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Parlimen Pensiangan (JASA) dan Ibrahim Andipoh, CDO N38 Nabawan.
Adalah menjadi harapan semua pihak agar program “outreach” seumpama ini dapat berterusan bagi menjamin penyebaran maklumat yang seimbang di kalangan rakyat. Kehadiran program sedemikian memberi impak yang tinggi dalam kalangan masyarakat untuk memberi ruang kepada mereka sama-sama bersaing dalam arus perubahan global. Jawatakuasa SUEC telah menjelajah hampir ke seluruh pedalaman di Sabah semata-mata untuk berkongsikan maklumat atas kesedaran bahawa hak pendidikan adalah untuk semua warganegara tanpa mengira tempat. Sehubungan itu, semua agensi kerajaan mahupun badan-badan NGO diseru untuk bekerjasama dan memberi sumbangan agar Jawatankuasa SUEC dapat mara lebih jauh di pedalaman Sabah khususnya, dan Malaysia amnya.

UMS DI PEGALUNGAN BERSAMA UMNO PENSIANGAN


Francis Andin (bhnews@bharian.com.my)


pic 1. Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin Ghani(dua dari kiri) menerima cendera kenangan daripada Khalid Johari.

pic 2. Pemimpin-pemimpin masyarakat dan orang ramai yang hadir pada majlis itu.

pic 3. Persembahan tarian tradisi Murut pelajar SK. Babalitan


Pic 5. Ghani (empat dari kiri) dan Khalid (tiga dari kanan) bersama sebahagian penduduk serta siswa dan siswa UMS yang hadir di majlis itu.

pic 6. Artis tempatan yang menghiburkan masyarakat yang hadir , dari kiri Jusi Sikin, Marais (tengah) Molly Sikin.


NABAWAN: Lebih 15,000 terdiri penduduk,pemimpin masyarakat, pelajar , agensi kerajaan dan swasta serta institusi Pendidikan Tinggi berpeluang menyertai Program Juara Rakyat bagi tahun 2010, anjuran Umno Pensiangan ,sejak program itu dilaksanakan serentak diseluruh Negara termasuk di kawasan Pedalaman Pensiangan.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, penganjuran Program Juara Rakyat sepanjang tahun ini membabitkan peruntukan kira-kira RM 250,000 merangkumi kos pengangkutan dan makan minum peserta dan penduduk setempat.


Katanya program juara rakyat yang diadakan sepanjang tahun mengikut tema bulanan telah dapat mencapai matlamat untuk membantu kerajaan dalam menyampaikan dasar dan pelaksanaan program pembangunan rakyat 1Malaysia, melalui pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan jasmani,emosi,rohani,intelek, ekonomi dan social.

Katanya program juara rakyat dengan tema bulan Kerjaya dan Kemahiran di Kampung Logongan Dearah Kecil Pegalungan, adalah program penutupan bagi tahun ini dan akan diteruskan dari masa kesemasa menjelang tahun depan.

Katanya melalui program juara rakyat, kerajan telah dapat menyampaikan hasrat dalam usaha membasmi kemiskinan, membantu penduduk kurang mampu,memberi motivasi,peluang kerjaya dan berpeluang bersemuka dengan pemimpin pelbagai peringkat disetiap program yang diadakan bersama agensi lain.


Katanya program juara rakyat sepanjang tahun ini, berjaya dilaksanakan bermula di Salarom Baru, Mosopoh Nabawan, Sinua Sook, Pusat Peraginan Maliau Basin, Pekan Pensiangan, Salarom Taka Sepulut, Penagatan Keningau, Pekan Sook, Likowon dan destinasi terakhir semalam Babalitan dan Logongon, Pegalungan Pensiangan.

Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah menyatakan perkara itu selepas berucap merasmikan Program Juara Rakyat di Balai Budaya Logongon Pegalungan dekat sini.

Program penutupan Juara Rakyat semalam dijayakan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang membabitkan pelajar dan pensyarah UMS, pelajar Sekolah Kebangsaan(SK) Babalitan dan SK. Logongon, pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar Daerah Kecil Pegalungan.


Hadir sama,Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan Halim Angusi, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ahuar Rasam, Naib Ketua Umno Pensiangan Wahanin Ismail dan barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pensiangan.

Terdahulu Ketua Program Outreach Pensiangan UMS Dr. Khalid Johari berkata, program Scalling Up Education Community (Long Life Learning) yang turut menjadi pengisian Program Juara Rakyat itu bertujuan mendedahkan para siswa dan siswi UMS yang bakal menjadi guru kepada persekitaran dan keunikan budaya masyarakat di pedalaman.

Katanya, selain itu ia juga memberi pendedahan kepada masyarakat di kawasan terpencil khususnya di sekolah-sekolah yang menjadi sasaran program kepada pendidikan yang lebih tinggi agar mendorong anak-anak melanjutkan pelajaran di Universiti.

“Program Outreach juga dapat memotivasikan pelajar-pelajar di sekolah terpencil untuk menggapai dan melangkah ke Universiti dengan konsep semua pelajar yang mencapai kejayaan dalam peringkat sekolah ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ” katanya.

Dr. Khalid berkata, Program Outreach Scalling Up Education Community dapat membantu memartabatkan pendidikan dan pencapaian yang lebih tinggi di kalangan pelajar di luar bandar.Katanya sepanjang 2 hari program pelajar berkongsi pengalaman dengan penduduk khususnya berkaitan kebudayaan,makanan tradisi,aktiviti rutin penduduk dan mempelajari bahasa mengikut etnik.

“Kita mahu sekurang-kurangnya lima pelajar dari satu kampung terpencil masuk Universiti untuk membawa perubahan kepada keluarga mereka” katanya.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian pelajar SK. Babalitan dan SK. Logongon dan persembahan arti tempatan yang berasal dari daerah Nabawan Pensiangan ,Marais Palanuk, Molly Sikin dan Jusi Sikin.-END.

Rabu, 1 Disember 2010

KEMBARA PENDIDIKAN ALUMNI UMS KENINGAU KE PEGALUNGAN




PADA 07HB 12 2010,ROMBONGAN ALUMNI UMS BERSAMA YB DATUK ABDUL GHANBI YASSIN AKAN KE PEGALUNGAN BAGI MISI MERASMIKAN JUARA RAKYAT PENDIDIKAN KELOLAAN AKADEMIK UMS.