Ahad, 19 Disember 2010

LEBIH 300 KELUARGA 1928 BERTEMU















KUALA PENYU: Sambutan Tahun 2011,terus bermakna apabila lebih 300 keluarga warisan Anggak dan Maria Sunai(1928)dipertemukan sempena perayaan 3+1 iaitu Hari Keluarga,Ulang Tahun St Thomas Becket dan Krimas, bertempat di Dewan utama St Thomas Kampung Kalampun Menumbok, Kuala Penyu hari ini , dekat sini.
Majlis yang merupakan anjuran kali ke-2 itu, dirasmikan oleh Bishop Datuk Cornelius Piong.Hadir sama Fr.Justin Joannes, Pengerusi MPP St Peter Bundu Syelvester Tharin, Timbalannya Simon Masusih dan Timbalan Jimmy Chong serta Adun Kuala Penyu Yang Berhormat John Teo, mantan pemimpin Datuk John Ghani, Sebastian Dirih Anjim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kuala Penyu Marcelinus Piong, David Etin, serta umat sekitar Paroki St Peter Bundu.
Perayaan dimulai dengan gotong royong muhibbah membungkus pulut oleh warisan keluarga Anggak dan Maria Sunai pada 27 December 2010 dan pemberkatan pusara Anggak dan Maria Sunai pada 28 Disember 2010 pada sebelah pagi dan disusuli dengan acara sembahyang kesyukuran di gereja St Thomas Becket. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara pentas di dewan terbuka St Thomas.
Cornelius dalam ucapannya perasmiannya dimajlis itu menyambut baik inisiatif keluarga warisan anggak dan Maria Sunai mengadakan perayan hari keluarga sebagai mengingati orang tua terdahulu dan menjadi majlis pertemuan generasi keluarga yang terpisah dan memerlukan program untuk bertemu semula sebagai keluarga besar yang akan disambut setiap tahun bermula 2009. Katanya ini selaras dengan usaha kerajaan merealisasikan semangat 1Malaysia.
Katanya komuniti keluarga, adalah bermula dirumah dan sekiranya keluarga terus bertumbuh dengan rasa tanggungjawab selaras dengan usaha kearah Keluarga Bahagia dan mempunyai rasa kekitaan antara sesama.
Katanya keluarga adalah segala-galanya dalam kehidupan, maka perlu ada usaha berterusan untuk menjalinkan hubungan kekitaan dalam keluarga terutama dalam menghadapi arus globalisasi dan kemajuan teknologi yang menjadi cabaran alaf baru ini.
Justeru itu katanya generasi muda perlu kembali kepada keharmonian keluarga dan mengutamakan amalan kepercayaan masing-masing dalam kehidupan dengan sentiasa mendengar,membaca untuk menambah pengetahuan rohani untuk sentiasa ingat dan percaya bahawa setiap agama mengajar umatnya kearah kebaikan sejagat.
“ Kita berharap melalui perayaan yang berpusat kepada komuniti keluarga akan terus bertumbuh dan memberi kesan supaya keluarga terus berkembang dengan suasana bahagia,harmoni,bersatupadu dan sentiasa mengenang jasa ibubapa,hormat-menghormati dan membangun bersama dalam rohani mulai dari keluarga masing-masing.
Cornelius berkata, usaha menjadikan perayaan keluarga besar Anggak dan Maria Sunai akan mendidik generasi muda dan akan datang supaya terus menyedari kepentingan mengetahui asal-usul keluarga yang akan terus bertumbuh bersama dengan nilai-nilai murni sebagai warisan keluarga bahagia.
Sementara itu Pengerusi Penganjur, Wilfred Francis Cladius Andin dalam ucapannya, bersyukur kerana perayaan hari keluarga kali ke-2 telah Berjaya menemukan keluarga jauh dan dekat bersama memeriahkan majlis. Katanya sambutan baik dari seluruh keluarga Anggak dan Maria Sunai menjadikan majlis lebih bermakna dan mengeratkan lagi tali persaudaraan keluarga warisan sejak 1928.
Sempena majlis itu, beberapa warga emas warisan Anggak dan Maria Sunai iaitu Anak Kadir,Kundiong Rajis, Nenek Kalampun menerima penghargaan RM100 sebagai hadiah sempena perayaan Krismas dan mengenang jasa orang tua yang masih ada.
Wilfred juga merakamkan penghargaan kepada semua anggota keluarga yang membantu menjayakan perayaan dengan memberi kerjasama padu,sumbangan idea,kewangan,hadiah termasuk pemimpin masyarakat yang memberi sumbangan kewangan.
“ Kita berharap dengan komitmen dan semangat kekeluargaan yang ada,perayaan ini terus berkembang dan dipimpin oleh generasi akan datang yang bakal menjadi pelapis kepada program murni menghimpunkan keluarga besar ini sampai bila-bila kelak”katanya.
Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara antaranya Cabutan Tiket Bertuah,Pertukaran hadiah antara keluarga,persembahan keluarga Piong,Kalampun, Persembahan Belia St Thomas, Drama bertemakan aktiviti masa lalu dengan tajuk 6 Ibu Geng Karas pergi memancing oleh Komuniti Wanita Katolik St Thomas, Karaoke,Tarian Sayau Tatana oleh ketua keluarga , Bishop dan Jemputan serta jamuan keluarga.
Dalam pada itu, Bishop sekali lagi mengumumkan pusat perayaan akan datang ialah keluarga warisan anggak dan Maria Sunai yang tinggal di Kasugira Kayul Kuala Penyu dan mengekalkan pengerusi tetap penganjur iaitu Encik Wilfred Francis Claudius Andin.
Dimajlis itu, Pengasas perayaan Claudius Andin Simboh muncul penerima bertuah apabila memenangi sebuah televisyen versi baru LCD Skrin dalam acara cabutan tiket bertuah. Lebih 30 hadiah utama dimenangi oleh para tetamu dan keluarga yang hadir dengan Televisyen adalah hadiah utama. -END.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan