Francis Andin (bhnews@bharian.com.my)
pic 1. Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin Ghani(dua dari kiri) menerima cendera kenangan daripada Khalid Johari.
Pic 5. Ghani (empat dari kiri) dan Khalid (tiga dari kanan) bersama sebahagian penduduk serta siswa dan siswa UMS yang hadir di majlis itu.
pic 6. Artis tempatan yang menghiburkan masyarakat yang hadir , dari kiri Jusi Sikin, Marais (tengah) Molly Sikin.
NABAWAN: Lebih 15,000 terdiri penduduk,pemimpin masyarakat, pelajar , agensi kerajaan dan swasta serta institusi Pendidikan Tinggi berpeluang menyertai Program Juara Rakyat bagi tahun 2010, anjuran Umno Pensiangan ,sejak program itu dilaksanakan serentak diseluruh Negara termasuk di kawasan Pedalaman Pensiangan.
Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, penganjuran Program Juara Rakyat sepanjang tahun ini membabitkan peruntukan kira-kira RM 250,000 merangkumi kos pengangkutan dan makan minum peserta dan penduduk setempat.
Katanya program juara rakyat yang diadakan sepanjang tahun mengikut tema bulanan telah dapat mencapai matlamat untuk membantu kerajaan dalam menyampaikan dasar dan pelaksanaan program pembangunan rakyat 1Malaysia, melalui pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan jasmani,emosi,rohani,intelek, ekonomi dan social.
Katanya program juara rakyat dengan tema bulan Kerjaya dan Kemahiran di Kampung Logongan Dearah Kecil Pegalungan, adalah program penutupan bagi tahun ini dan akan diteruskan dari masa kesemasa menjelang tahun depan.
Katanya melalui program juara rakyat, kerajan telah dapat menyampaikan hasrat dalam usaha membasmi kemiskinan, membantu penduduk kurang mampu,memberi motivasi,peluang kerjaya dan berpeluang bersemuka dengan pemimpin pelbagai peringkat disetiap program yang diadakan bersama agensi lain.
Katanya program juara rakyat sepanjang tahun ini, berjaya dilaksanakan bermula di Salarom Baru, Mosopoh Nabawan, Sinua Sook, Pusat Peraginan Maliau Basin, Pekan Pensiangan, Salarom Taka Sepulut, Penagatan Keningau, Pekan Sook, Likowon dan destinasi terakhir semalam Babalitan dan Logongon, Pegalungan Pensiangan.
Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah menyatakan perkara itu selepas berucap merasmikan Program Juara Rakyat di Balai Budaya Logongon Pegalungan dekat sini.
Program penutupan Juara Rakyat semalam dijayakan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang membabitkan pelajar dan pensyarah UMS, pelajar Sekolah Kebangsaan(SK) Babalitan dan SK. Logongon, pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar Daerah Kecil Pegalungan.
Hadir sama,Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan Halim Angusi, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ahuar Rasam, Naib Ketua Umno Pensiangan Wahanin Ismail dan barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pensiangan.
Terdahulu Ketua Program Outreach Pensiangan UMS Dr. Khalid Johari berkata, program Scalling Up Education Community (Long Life Learning) yang turut menjadi pengisian Program Juara Rakyat itu bertujuan mendedahkan para siswa dan siswi UMS yang bakal menjadi guru kepada persekitaran dan keunikan budaya masyarakat di pedalaman.
Katanya, selain itu ia juga memberi pendedahan kepada masyarakat di kawasan terpencil khususnya di sekolah-sekolah yang menjadi sasaran program kepada pendidikan yang lebih tinggi agar mendorong anak-anak melanjutkan pelajaran di Universiti.
“Program Outreach juga dapat memotivasikan pelajar-pelajar di sekolah terpencil untuk menggapai dan melangkah ke Universiti dengan konsep semua pelajar yang mencapai kejayaan dalam peringkat sekolah ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ” katanya.
Dr. Khalid berkata, Program Outreach Scalling Up Education Community dapat membantu memartabatkan pendidikan dan pencapaian yang lebih tinggi di kalangan pelajar di luar bandar.Katanya sepanjang 2 hari program pelajar berkongsi pengalaman dengan penduduk khususnya berkaitan kebudayaan,makanan tradisi,aktiviti rutin penduduk dan mempelajari bahasa mengikut etnik.
“Kita mahu sekurang-kurangnya lima pelajar dari satu kampung terpencil masuk Universiti untuk membawa perubahan kepada keluarga mereka” katanya.
Majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian pelajar SK. Babalitan dan SK. Logongon dan persembahan arti tempatan yang berasal dari daerah Nabawan Pensiangan ,Marais Palanuk, Molly Sikin dan Jusi Sikin.-END.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan