Rabu, 5 Januari 2011

ALUMNI TABUR BAKTI DIPEDALAMAN












KENINGAU : Perkongsian pintar melalui program akademik antara Universiti Malaysia Sabah, Pejabat Pelajaran Daerah ini dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau akan menyemarakkan lagi semangat ingin maju dalam pelajaran dikalangan pelajar di negeri ini , sehingga berjaya ke peringkat pengajian tinggi.
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Sabah Awang Jaya Awang Damit berkata usaha murni institusi pendidikan dalam menjana modal insane yang cemerlang akan memberi manfaat yang baik kepada generasi pelajar sejak peringkat awal persekolahan lagi. Ini katanya dapat dilaksanakan melalui anjuran program kecemerlangan akademik yang dianjurkan bersama oleh institusi pendidikan.” Kerjasama padu antara UMS, PPD dan IPGM adalah langkah terbaik sebagai perkongsian pintar ilmu yang menambah semangat daya saing pelajar untuk sampai ke menara gading dalam dunia pendidikan”katanya ketika merasmikan program Skor A, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah peringkat Dearah Keningau di dewan Kuliah Utama Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Hadir sama Timbalan Dekan Penyelidikan dan Innováis, Sekolah Pendidikan Pembangunan Social, Universiti Malaysia Sabah ,Profesor Madya Dr. Naimah Yusoff, Penyelaras Program Pascasiswazah Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah Dr. Lay Yoon Fah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau Baharom Mohamad, Pensyarah Kursus Dinamika Organisasi Pendidikan Dr.Sabariah Sharif , Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Raisin Saidin serta Pengarah Projek En.Francis Andin.
(Foto: Sebahagian guru yang menjadi pelaksana projek.





Pada masa sama Awang menggesa pengurus sekolah di negeri ini agar sentiasa mempunyai daya kepimpinan yang kreatif, inovatif dan aktif bersama warga pendidik dalam organisasi sekolah untuk bekerjasama merancang, melaksana dan mempraktikkan dalam proses pengajaran-pembelajaran di sekolah.
Katanya pendidik wajar menggunakan pelbagai kemahiran yang diperolehi semasa latihan, pengalaman sebelum menjadi warga pendidik terlatih dan telah disahkan jawatan.
Katanya pendidik yang kreatif tidak perlu hanya menunggu program arahan Jabatan Pelajaran tetapi juga perlu bijak merancang program yang sesuai, menarik minat pelajar dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.” Pengurus sekolah tidak perlu hanya menunggu arahan untuk mengadakan program yang bertemakan kecemerlangan pelajar tetapi merancang, melaksana program yang memberi manfaat kepada anak didik”katanya.
Sehubungan itu katanya Jabatan Pelajaran juga akan memantapkan program di sekolah dengan mencadangkan program Gerak Saga Daerah iaitu berkait-rapat dengan pelaksanaan perancangan strategik Jabatan dan sekolah dalam usaha meningkatkan prestasi pendidikan yang cemerlang. Katanya melalui program itu guru yang berpengalaman dalam bidang tertentu akan menjadi jurulatih disekolah masing-masing tanpa menjejaskan pengajaran-pembelajaran dalam kelas disebabkan guru kerap menghadiri kursus di luar daerah.



Program Skor A yang berlangsung selama dua hari adalah anjuran Kelab Pelajar Sarjana Pendidikan ambilan 2008/2009 , sekolah pendidikan dan pembangunan sosial ,Universiti Malaysia Sabah.Lebih 150 pelajar terdiri daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini dan 110 guru matapelajaran hadir daripada 72 buah sekolah rendah sekitar daerah Pedalaman.

PENSIANGAN JADI TAPAK KAJIAN ALUMNI UMS

MISI KAJIAN BERJAYA DENGAN KERJASAMA PADU ANTARA PEMIMPIN DAN PENDIDIKAN UMS.PASUKAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN MENGUCAPKAN PENGHARGAAN KEPADA YGBHG DATUK ABDUL GHANI DATUK HJ YASIN ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG MEMBANGGAKAN WARGA PENDIDIKAN SEPANJANG MENGADAKAN PROGRAM PENDIDIKAN JELAJAH DENGAN MISI KAJIAN MASA DEPAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR.


BEGITU JUGA KEPADA WARGA PENSYARAH KANAN SPSS,DEKAN DAN WARGA SPPS UMS ATAS BIMBINGAN DAN PANDUAN SEPANJANG PENGAJIAN SARJANA PENDIDIKAN WARGA PENDIDIKAN DI PEDALAMAN.









PERJALANAN MENGGUNAKAN BOT DARI JETI SALONG SUNGGUH MENCABAR TATKALA KEMARAU PERJALANAN MENJADI LAMBAT KERANA PERAHU NAIK ORANG,TATKALA BANJIR PERJALANAN LAJU TETAPI NYAWA DIHUJUNG BOT,BEGITULAH LUAHAN WARGA PENDIDIKAN YANG BERTUGAS DIKAWASAN PENSIANGAN.




















APA PUN KESEMPATAN BERTEMU WARGA PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT SETEMPAT DAPAT MEMBERI IMPAK KEPADA PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMBANGUN ANAK BANGSA DAN NEGARA MELALUI PERUBAHAN DALAM ARUS PENDIDIKAN JAYA. MODAL INSAN YANG DIBINA ADALAH ASET MASA DEPA NEGARA.JIKA INGINKAN HASIL SELAMA SETAHUN TANAMLAH JAGUNG JIKA INGIN HASIL BERIBU TAHUN TANAMLAH JATI DIRI PENDIDIKAN MODAL INSAN.