Rabu, 4 Ogos 2010

ALUMNI UMS KENINGAU PENJANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR

Sebahagian alumni, pensyarah, pelajar program Outreach salarom,pelajar sekolah,pemimpin dan masyarakat kampong salarom mengabdikan gambar kenangan.

NABAWAN: Pelancaran Kelab Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) Cawangan Keningau, menjadi catatan sejarah bagi institusi pendidikan Tinggi di Negara ini khususnya UMS, yang terus memacu bertekad cemerlang melalui khidmat pendidikan termasuk dikawasan luar Bandar.
Dr Mahmud Sudin (kiri)menerima borang keahlian Kelab Alumni UMS daripada Pengarah Penaja Kelab Alumni Keningau Francis Andin disaksikan alumni sekitar daerah Pedalaman.

Majlis pelancaran yang berlangsung di kampong Salarom Taka Nabawan, disempurnakan oleh Dekan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa UMS, Dr Mahmud Hj Sudin mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS.Pada masa sama melancarkan Blogspot kelab Alumni UMS (Keningau).



Dr Mahmud Sudin(dua dari depan) menekan butang Komputer sebagai simbolik pelancaran laman Blogspot Kelab Alumni UMS Keningau.

Dalam majlis itu, lebih 100 alumni sebahgian besarnya warga pendidikan yang berasal dan bertugas diserata pelusuk daerah Pedalaman Keningau, Tambunan,Tenom dan Nabawan menyerahkan borang keanggotaan kelab Alumni UMS (Keningau). Upacara penyerahan keahlian dilakukan oleh Pengarah Penaja Kelab Alumni UMS (Keningau) Francis Andin.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Madya Dr Kasim Hj Mansur dalam teks ucapannya UMS antara institusi pengajian tinggi yang memainkan peranan dalam menjana perkembangan ilmu disamping menjadi anjakan paradigm agar pelajar luar Bandar dan Bandar mendapat peluang pendidikan terbaik selaras dengan kehendak pasaran sumber manusia masa kini.

Katanya untuk merealisasikan hasrat ini, Alumni UMS merupakan sumber yang boleh dimanfaatkan oleh Universiti dengan harapan komuniti ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan universiti ke mercu yang lebih tinggi, seiring dengan visi dan misi matlamat universiti.
“ Sebagai anak didik UMS, alumni sewajarnya berbangga dengan UMS yang telah berjasa dan untuk mengembalikan harapan Universiti maka alumni perlu menyumbangkan bakti kepada masyarakat berpandukan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi dengan ikhlas menabur bakti untuk masa depan Negara yang mempunyai rakyat maju dalam semua aspek”katanya.
Teks ucapannya dibacakan oleh Dekan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa UMS, Dr Mahmud Hj Sudin. Dimajlis itu juga Kampung dan SK Salarom Taka menjadi kampong dan sekolah angkat UMS.
Hadir sama Pengerusi bersama program Outreach Salarom Taka kali ke-2, Dr Khalid Johari, Pegawai pelajaran Nabawan Osman Aganduk , penolong pendaftar pusat perhubungan alumni UMS Ismail Ali, Ketua Kampung Salarom Taka Mandaun Ampungit serta pelajar sepenuh masa pengajian Sarjana Muda, Pensiswazahan Guru Besar serta pelajar sekolah sekitar daerah Pedalaman.

Dalam pada itu, Pengarah Penaja Kelab Alumni UMS (Keningau) Francis Andin,merakamkan penghargaan dan keyakinan alumni UMS Keningau akan menjadi titik tolak kepada pembangunan pendidikan di daerah Pedalaman.
Katanya berkonsepkan memajukan diri untuk memajukan orang lain bersama, maka peranan alumni untuk menjadi teladan dan penggerak kemajuan pendidikan akan menjadi kenyataan apabila semakin ramai generasi pelajar cemerlang dan mendapat peluang pendidikan di menara gading.
“Kami warga alumni UMS (Keningau) akan terus berusaha untuk mengumpul tenaga alumni untuk membentuk satu pasukan yang komited terhadap tanggungjawab menyumbang bakti kepada masyarakat dalam pelbagai bidang kepakaran untuk merealisasikan hasrat UMS sebagai university tercantik dan unggul dalam menghasilkan graduan yang berkaliber dan berwibawa.
Dalam pada itu, juga kelab Alumni UMS (keningau)akan merangka program susulan sepanjang tahun ini membabitkan alumni UMS sebagai peserta dan pengelola untuk terus memain peranan bersama UMS menabur bakti kepada masyarakatdi Negara ini.
Sehubungan itu juga, para alumni UMS diajak untuk menyertai kelab Alumni UMS (Keningau)melalui pendaftaran secara online di laman blogspot Kelab iaitu di alamat http://www.kelabalumniumskeningau.blogspot.com/

Sempena pelancaran itu, juga pelbagai acara diadakan antaranya program tiga hari bersama masyarakat dengan pelbagai pengisian perkongsian pintar yang mensasarkan kepada lebih 100 pelajar dari 11 buah sekolah rendah sekitar Nabawan dan Pensiangan.
Ini termasuklah sesi bengkel kemahiran menjawab Matematik dan Sains, Kemahiran permainan Catur dan kejurulatihan bola tampar, sukan rakyat kelolaan pelajar sarjana muda pelbagai bidang pengajian dan pentadbir sekolah yang sedang mengikuti program pensiswazahan Guru Besar.

Selain itu diadakan ceramah kerjaya dan masa depan belia oleh Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan malam muhibbah 1Malaysia dengan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat suku kaum didaerah Pedalaman Salarom Taka. –END.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan