NABAWAN: Masyarakat di Pedalaman khususnya penduduk rumah panjang kampung salarom Taka Nabawan, kira-kira 80 kilometer dari sini, menyambut baik pemilihan kampung Salarom Taka sebagai kampung angkat program “Outreach “ bertemakan Scaling UP Education In Community, Universiti Malaysia Sabah.
Pemilihan sekaligus menjadikan kampung Salarom Taka terus menerima lebih banyak program bakti pendidikan sepanjang tahun membabitkan penyertaan alumni dan pelajar sepenuh masa UMS dengan sasaran bakti pendidikan kepada masyarakat setempat termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Nabawan dan Pensiangan.
Pemilihan diumumkan oleh oleh Dekan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa UMS, Dr Mahmud Sudin mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS sempena penutupan program 3 hari pendidikan dalam masyarakat “ Outreach” Salarom Taka Kali ke-2 , didewan rumah panjang Salarom Taka dekat sini.
Ketua Kampung Salarom , Mandaun Ampungit 68, berkata penduduk luar Bandar berbangga dengan usaha UMS yang terus berusaha memastikan masyarakat di pedalaman khususnya pelajar luar Bandar untuk menikmati kemudahan dan peluang melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi.
Katanya sudah tiba masanya masyarakat di luar Bandar memajukan diri dan keluarga melalui pendidikan melalui pelbagai program membantu pelajar sejak diperingkat sekolah rendah untuk menerapkan cita-cita mempunyai pendidikan sehingga ke pengajian tinggi.
“ Sejak dulu lagi kami memerlukan bantuan dari mana-mana institusi untuk turun membantu member semangat kepada anak-anak kami supaya gigih berusaha dan tidak putus asa walaupun terdapat serba kekurangan kemudahan asas”katanya.
Mandaun berkata lebih 11 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah di kawasan Nabawan dan Sapulut berpotensi mengeluarkan ramai pelajar yang Berjaya melanjutkan pelajaran.
Justeru itu katanya dorongan serta sokongan pemimpin,keluarga dan institusi pengajian tinggi amat perlu untuk member pendedahan awal peluang-peluang yang boleh diterokai dan persediaan masa depan yang terjamin.
Sementera itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Madya Dr Kasim Mansur dalam teks ucapannya berkata UMS antara institusi pengajian tinggi yang memainkan peranan dalam menjana perkembangan ilmu disamping menjadi anjakan paradigma agar pelajar luar Bandar dan Bandar mendapat peluang pendidikan terbaik selaras dengan kehendak pasaran sumber manusia masa kini.
Teks ucapannya dibacakan oleh Dekan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa UMS, Dr Mahmud Hj Sudin. Dimajlis itu juga berlangsung pelancaran Kelab Alumni UMS (Keningau). Dianggarkan lebih 1000 alumni yang berasal dari daerah pedalaman Keningau,Tenom,Nabawan dan Tambunan berjaya mendapat pendidikan sejak UMS dibuka lebih 10 tahun lalu, dan rata-rata telah berkhidmat dengan pelbagai jabatan kerajaan dan swasta diseluruh Negara.
Hadir sama Pengerusi bersama program Outreach Salarom Taka kali ke-2, Dr Khalid Johari, Pegawai pelajaran Nabawan Osman Aganduk , penolong pendaftar pusat perhubungan alumni UMS Ismail Ali.
Sempena program tiga hari bersama masyarakat Salarom pelbagai pengisian perkongsian pintar dilaksanakan dengan penyertaan lebih 100 pelajar dari 11 buah sekolah rendah sekitar Nabawan dan Pensiangan.
Ini termasuklah sesi bengkel kemahiran menjawab Matematik dan Sains, Kemahiran permainan Catur dan kejurulatihan bola tampar, sukan rakyat kelolaan pelajar sarjana muda pelbagai bidang pengajian dan pentadbir sekolah yang sedang mengikuti program pensiswazahan Guru Besar.
Selain itu diadakan ceramah kerjaya dan masa depan belia oleh Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan malam muhibbah 1Malaysia dengan dimeriahkan lagi dengan pelbagai pertukaran persembahan kebudayaan antara pelajar UMS dengan masyarakat suku kaum didaerah Pedalaman Salarom Taka.
Rumah panjang Salarom Taka antara destinasi yang menjadi pilihan agensi kerajaan dan swasta mengadakan program kemasyarakatan dengan situasi perkampungan yang dikelilingi hutan simpan,kemudahan penginapan rumah panjang, keunikan budaya serta jalinan kerjasama penduduk sedia ada menjadi kebanggaan.
Salarom Taka mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Salarom dengan murid kira-kira 100 orang dengan 10 kakitangan termasuk kakitangan sokongan. Terletak ditepi jalan raya laluan utama dari Nabawan ke Kalabakan Tawau.- END

Tiada ulasan:
Catat Ulasan