Ahad, 8 Ogos 2010

LAPORAN PROGRAM "OUTREACH"SALAROM TAKA KALI KE2


Laporan Program Outreach Salarom Taka 2

Satu program Outreah telah di adakan pada tarikh 29hb Julai 2010 sehingga 1hb Ogos 2010 bertempat di Kampung Salarom Taka Nabawan, Sabah. Program ini telah dilaksanakan secara sukarela oleh bekas pelajar UMS (Alumni UMS) ,pelajar PKPGB, pelajar Sarjana Kurikulum, pelajar Sarjana Pengurusan, dan pelajar sepenuh masa Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) Universiti Malaysia Sabah(UMS) seramai enam puluh orang telah di ketuai oleh Dr. Khalid bin Johari pensyarah kanan dari SPPS. Program yang julung julung kali di adakan ini di adakan di anjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS).

Program ini merupakan lanjutan daripada “outreach program” terdahulu yang telah dijalankan pada 13-16 Mei 2010. Menerusi program Salarom 2 kali ini, para peserta akan mengendalikan aktiviti-aktiviti yang mampu mendorong komuniti setempat untuk tidak ketinggalan dalam arus perubahan global; selain berimpak tinggi terhadap pembangunan komuniti khususnya dalam aspek kesedaran pendidikan, mental, kemahiran dan semangat mereka menghadapi arus perubahan global. Secara tidak langsung meningkatkan kualiti sosio-ekonomi masyarakat pedalaman.

Bermula dengan aktiviti pendaftaran pada hari pertama yang diketuai oleh saudara Ahmad Nizal Bin Daud. Pendaftaran berjalan lancar di mana pelajar pelajar dari sebelas buah sekolah di sekitar daerah Nabawan iaitu sekolah SK Salarom, SK Simatuoh, SK Lotong, SK Labang, SK Kobu Baru, SK Ulu Mosopoh, SK Pandiwan, SK Telagas, SK kg. Enam, Sk Pekan Nabawan dan Sk Sepulut. Kesemua pelajar sekolah yang mendaftarkan diri pada hari tersebut seramai tujuh puluh enam orang. Peserta program dan pelajar telah ditempatkan (berkampung) di rumah besar Salarom Taka.

Peserta program sentiasa mendapat kebajikan jagaan makan minum dan pengangkutan yang sempurna dari jawatankuasa pengankutan dan makanminum yang diuruskan oleh saudara Jasmen Bin Elahan. Pelajar sekolah dari pendalaman didedahkan dengan pemakanan gizi seimbang sebanyak enam kali sehari. Selain itu penggunaan alatan yang bersesuaian telah diselia oleh En Hussin Bin Yussof menjadikan program sentiasa berjalan lancar.

Antara aktiviti yang dilaksanakan, seawal pagi saudara Jahari bin Jainal dan kumpulannya akan mengadakan sessi senamrobik. Aktiviti senaman ini berlansung sepanjang tiga hari bermula jam 7.00 pagi hinggalah jam 8.00 pagi. Aktiviti senaman ini bercorak senaman yang ceria sambil mengikut muzik dan ‘step’ yang di buat oleh instruktur, senaman ini diharapkan menjadi satu kegiatan harian pelajar selepas program untuk menjadikan badan mereka cergas dan mempunyai minda yang cerdas.

Aktiviti artimatik pula telah dilaksanakan oleh dua orang pelajar UMS yang juga guru bertauliah iaitu En Jonias Sulindap dan En Rahmat A Talip. Murid telah diajar cara yang mudah dan senang untuk mengira sifir 1-19 berdasarkan teknik yang mudah dalam artimatik. Selain itu pelajar kemudiannya didedahkan cara mengira pecahan berdasarkan teknik ‘magic box’. Diyakini bahawa teknik ini dapat meningkatkan pengetahuan murid dalam sifir yang melibatkan dua digit dan satu digit.

Selain itu bengkel catur telah dikendalikan oleh En Adam B Arip. Bengkel ini bertujuan mendedahkan asas permainan catur FIDE untuk mencungkil bakat baru pemainan catur di kalangan pelajar daerah Nabawan. Pelajar sekolah didapati menunjukkan minat dan tumpuan yang mendalam terhadap permainan. Namun masa yang diperuntukan agak terhad dan En Adam berharap permainan ini akan diteruskan dan digalakkan diperingkat sekolah masing – masing di masa depan.

Aktiviti terpenting bagi pelajar sekolah yang dilaksanakan dalam program outreach ini ialah bengkel peningkatan UPSR pelajar yang dikendalikan oleh Saudara JRD Sebastian dan sekumpulan rakan-rakan pelajar sepenuh masa proram sarjana muda pendidikan UMS. Bengkel UPSR ini dilaksanakan berdasarkan pengalaman mereka mengendalikan bengkel UPSR bersama sama NST-Berita Harian sebelum ini.

Selain aktiviti yang diadakan untuk pelajar sekolah program outreach ini juga memafaatkan peluang berkumpulnya guru – guru di Nabawan dengan mengadakan sessi ceramah Penyelikan yang disampaikan oleh Dr Khalid sendiri dan satu lagi bengkel Perancangan Strategik yang dilaksanakan oleh En Awang Seman dari Jabatan Pelajaran Sabah.

Bagi memberikan peluang kepada masyarakat pendalaman mendapat maklumat yang lebih luas untuk menyambung pelajaran selain laluan yang biasa ke universiti, satu agensi dari Jabatan Tenaga Manusia di panggil berkampung di Salarom. Agensi yang dimaksudkan itu ialah Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK). Mengikut penjelasan dari Pn. Asyattie Binti Jiman selaku wakil ILPKK , pihaknya ingin memperkenalkan ILPKK kepada masyarakat pendalaman dengan turut serta dalam program Outreach Salarom Taka kali ini. ILP juga memberikan pendedahan kepada belia dan remaja serta ibu bapa tentang kemahiran yang sedia ada dan memudahkan pelajar memperolehi pekerjaan dengan adanya sijil sijil kemahiran. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah mendedahkan masyarakat tentang ‘On Job Training’ , mendedahkan tantang sebelas jenis bengkel yang disediakan oleh ILP dan pelajar berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan SJP. Selain itu ILP juga adalah satu jambatan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma “Ciast, Adtec dan JMTI. Kesimpulannya ILP dapat mengurangkan risiko penganguran serta untuk memperolehi sijil kemahiran dapat meningkatkan lagi kemahiran sedia ada masyarakat .

Program ini tidak melupakan bidang ko-kurikulum, satu bengkel teknik permainan bola tampar diadakan oleh peserta program yang di ketuai oleh En Hussin Yusof, En Hussin Basir ( yang juga pengarah program salarom taka 2), dan bekas – bekas pelajar ALUMNI sendiri. En Rahmat A Talip pula telah menyeliakan pelajar pelajar ini agar berada tepat masa dan sentiasa bersedia untuk akktiviti sukan ini.

Kemudiannya satu sukan rakyat di adakan bertujuan memberi pengalaman kepada peserta melalui aktiviti permainan rakyat dan sukaneka. Sukan rakyat ini juga bagi menerap budaya bersaing dan kerja berpasukan dalam menjayakan tugasan dan permainan selain memberi peluang pelajar meluahkan emosi dan mengeratkan silaturahim pelajar, peserta rogram dan pensyarah.

Program yang sempurna dan berjalan lancar ini telah di rasmikan oleh Datuk Abd Ghani Bin Datuk mohd Yasin Ketua Bahagian Umno Pensiangan pada 30 Julai 2010 pada jam 2.30 petang di dewan Kg Salarom Taka. Program ini kemudiannya di tutup secara rasminya oleh wakil Naib Canselor UMS Dr Mahmud Hj Sudin, Dekan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa UMS selain merasmikan Majlis Pelancaran Kelab Alumni UMS (Keningau) dan menerima penyerahan borang keahlian Kelab Alumni UMS Keningau.


Sekian. Terima Kasih.
Dilaporkan oleh:
s/usaha:mohd mahadzir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan