Selasa, 31 Mei 2011

5224 ATLIT BERKAMPUNG D KENINGAU 6-11 JUN







Insentif khas diberikan kepada atlit daerah ini yang berjaya meraihkan kemenangan dalam semua 21 acara yang dipertandingkan sempena Sukan Sabah (SAGA)kali ke-5,yang berlangsung di sini pada 6-11 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Sairin Karno berkata , Keningau akan diwakili oleh 402 atlit yang dijangka bersaing dengan atlit dari 24 lagi daerah dari seluruh negeri.

Justeru itu katanya , bagi atlit daerah ini yang menyumbang kemenangan akan menerima insentif wang tunai sebagai galakan semangat dan sokongan padu kepada atilit untuk mencapai kejayaan, termasuk menyumbang kepada impian menjadi juara kejohanan kali ini.

Katanya, insentif ialah RM400 bagi atlet yang bejaya mengutip pingat emas (perseorangan), pingat perak dan gangsa masing-masing mendapat RM 200 dan RM 100.

Manakala bagi acara perpasukan insentif RM1,000 akan diberikan jika berjaya mengutip pingat emas manakala atlet perseorangan yang berjaya memecahkan rekod kejohanan akan mendapat RM 500.

Katanya semua insentif akan disumbangkan oleh pemimpin serta syarikat swasta didaerah ini sebagai penghargaan dan sokongan semangat kepada peserta yang mewakili daerah Keningau.Hadiah insentif itu kelak akan disampaikan semasa penyampaian hadiah mengikut kategori acara sukan.

“ Saya amat berbangga kerana ramai individu terutama syarikat swasta,pemimpin bersama membantu menjayakan sukan ini termasuk memberi sumbangan galakan kepada atlit terbabit”katanya selepas melepaskan peserta program larian kecergasan SAGA,di sini semalam.

Program yang disertai lebih 500 orang terdiri atlit dan orang ramai dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah dengan kerjsama jawatankuasa pelaksana,bagi menyemarakkan lagi sambutan kejohanan sukan itu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Keningau Amat Mohd Yusof; Ketua Daerah Keningau OKK Amir Datuk Arif, merangkap Ketua Kontinjen Daerah Keningau dan Pengurus Pasukan.

Di majlis itu Sairin turut mengumumkan sumbangannya sebanyak RM 5,000 untuk kontinjen daerah Keningau.
Katanya sebagai tuan rumah, atlit mempunyai banyak kelebihan bertanding ditempat sendiri dengan kehadiran penyokong yang di jangka lebih 1000 orang bagi setiap jenis sukan yang dipertandingkan.

“Kita adalah kelebihan kerana kita adalah tuan rumah dan ditambah dengan kehadiran penyokong yang ramai sebagai penyuntik semangat atlet kita” katanya

Sairin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata, amat penting peserta mempunyai kesungguhan untuk mencapai kemenangan dengan bantuan pengurusan yang baik pengurus dan jurulatih.-END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan