Selasa, 31 Mei 2011

ARTIS AF DAN TEMPATAN SABAH MERIAHKAN HARI PEMBUKAAN SUKAN SAGA 06 JUN INI

BERITA TERKINI DI BAWAKAN KHAS UNTUK ANDA OLEH MEDIA TEMPATAN DAN NASIONAL SECARA LIVE.



ANTARANYA ADAM,STACY,ADIRA DAN ABU BAKAR ELLA AMPPAL



D DATARAN KOMPLEKS UKAN KENINGAU SEAWAL JAM 4 PETANG






KEJOHANAN YANG SEDANG BERLANGSUNG IALAH HOKI DAN BOWLING PADANG BERMULA 01 JUN 2011

5224 ATLIT BERKAMPUNG D KENINGAU 6-11 JUN







Insentif khas diberikan kepada atlit daerah ini yang berjaya meraihkan kemenangan dalam semua 21 acara yang dipertandingkan sempena Sukan Sabah (SAGA)kali ke-5,yang berlangsung di sini pada 6-11 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Sairin Karno berkata , Keningau akan diwakili oleh 402 atlit yang dijangka bersaing dengan atlit dari 24 lagi daerah dari seluruh negeri.

Justeru itu katanya , bagi atlit daerah ini yang menyumbang kemenangan akan menerima insentif wang tunai sebagai galakan semangat dan sokongan padu kepada atilit untuk mencapai kejayaan, termasuk menyumbang kepada impian menjadi juara kejohanan kali ini.

Katanya, insentif ialah RM400 bagi atlet yang bejaya mengutip pingat emas (perseorangan), pingat perak dan gangsa masing-masing mendapat RM 200 dan RM 100.

Manakala bagi acara perpasukan insentif RM1,000 akan diberikan jika berjaya mengutip pingat emas manakala atlet perseorangan yang berjaya memecahkan rekod kejohanan akan mendapat RM 500.

Katanya semua insentif akan disumbangkan oleh pemimpin serta syarikat swasta didaerah ini sebagai penghargaan dan sokongan semangat kepada peserta yang mewakili daerah Keningau.Hadiah insentif itu kelak akan disampaikan semasa penyampaian hadiah mengikut kategori acara sukan.

“ Saya amat berbangga kerana ramai individu terutama syarikat swasta,pemimpin bersama membantu menjayakan sukan ini termasuk memberi sumbangan galakan kepada atlit terbabit”katanya selepas melepaskan peserta program larian kecergasan SAGA,di sini semalam.

Program yang disertai lebih 500 orang terdiri atlit dan orang ramai dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah dengan kerjsama jawatankuasa pelaksana,bagi menyemarakkan lagi sambutan kejohanan sukan itu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Keningau Amat Mohd Yusof; Ketua Daerah Keningau OKK Amir Datuk Arif, merangkap Ketua Kontinjen Daerah Keningau dan Pengurus Pasukan.

Di majlis itu Sairin turut mengumumkan sumbangannya sebanyak RM 5,000 untuk kontinjen daerah Keningau.
Katanya sebagai tuan rumah, atlit mempunyai banyak kelebihan bertanding ditempat sendiri dengan kehadiran penyokong yang di jangka lebih 1000 orang bagi setiap jenis sukan yang dipertandingkan.

“Kita adalah kelebihan kerana kita adalah tuan rumah dan ditambah dengan kehadiran penyokong yang ramai sebagai penyuntik semangat atlet kita” katanya

Sairin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata, amat penting peserta mempunyai kesungguhan untuk mencapai kemenangan dengan bantuan pengurusan yang baik pengurus dan jurulatih.-END

Rabu, 18 Mei 2011

HADIAH HARI GURU APABILA KENINGAU ULANGI GELARAN JUARA SENI SILAT SEKOLAH-SEKOLAH SABAH PERINGKAT NEGERI.
























KOTA BELUD: Keningau yang menghantar 23 pesilat seni dinobatkan sebagai Juara keseluruhan pertandingan silat seni peringkat negeri yang berlangsung di Dewan SMK Pekan II Kota Belud,seterusnya melayakkan kontigen Keningau mengetuai kontigen silat seni Sabah ke pertandingan yang sama peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan di Sarawak pada awal Jun depan.
Keningau yang pernah menjadi juara 7 kali sepanjang penyertaan pada 1996 hingga 2009, dalam pertandingan yang sama,sekali lagi mengulangi kejayaan 2011
Pegawai Pengurus Kontigen Keningau, Francis Andin berkata,
kejayaan adalah sebagai hadiah warga pelajar kepada warga pendidik di Pedalaman sempena menyambut hari guru 16 Mei.
Katanya Keningau mampu menjadi juara apabila memenangi 7 daripada 10 kategori yang dipertandingkan ,masing-masing Seni Tari Silat Putera Puteri, Seni Tempur,Jurus Wajib Putera dan Jurus Segerak Puteri kategori Sekolah Rendah dan Menengah.
Katanya kejuaraan dicapai apabila berjaya menewaskan pencabar terdekat Tawau,yang merebut tangga teratas dalam 3 kategori seni silat yang dipertandingkan.Dalam pada itu, katanya Mohd Aman Jinli dan Hikmah Perwara 15, serta Oberani Robert 15,mewakili Keningau , dinobatkan sebagai pesilat terbaik dan diberi peluang membuat persembahan dimajlis itu.
“ Kejayaan adalah berkat kesungguhan peserta,jurulatih dan sokongan padu semua warga pendidik, pengurusan sekolah yang terlibat termasuk wakil pemimpin dikawasan Pedalaman Keningau yang turut memberi sumbangan motivasi dan semangat kepada peserta”katanya.
Sebanyak 5 bahagian menyertai pertandingan itu,Keningau, Tawau,Sandakan,Kota Kinabalu dan Kota Belud membabitkan lebih 100 pelajar rendah dan menengah.Pertandingan bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni silat serta memilih peserta yang akan mewakili Sabah ke pertandingan sama di peringkat Kebangsaan oleh peserta yang terpilih.
Pertandingan dirasmikan oleh Ketua Sektor, Pemabngunan Kemanusiaan Jabatan pelajaran Sabah Datu Jamigul Datu Salin.Hadir sama Penolong Pegawai pelajaran Kota Belud Mastan Gaga, Jerome Jolley(Keningau)Pengerusi Teknik Silat Jabatan Pelajaran Jinli Ramli, Pengetua SM Pekan II Kota Belud Matlan Datu Unjong,serta warga pendidik dan pelajar sekitar negeri ini.
Datu Jamigul dalam ucapannya menyeru pelajar agar menggunakan bakat serta kebolehan sedia ada untuk menyertai kegiatan berfaedah termasuk seni silat.Katanya selain menambah ilmu pengetahuan dan markah dalam kokurikulum,silat juga menerapkan nilai murni kepada pelajar melalui kemahiran yang dipelajari yang sebahagian besarnya menekankan kepada disiplin yang ketat.
“ Kita yakin melalui penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum,matlamat untuk membangun modal insan yang seimbang dan berwibawa akan tercapai dengan jayanya”katanya.
Pada masa sama,mengingatkan pelajar yang akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan agar terus berlatih bersungguh-sungguh dan semangat juang berpasukan untuk mencapai kejayaan untuk mengharumkan negeri, daerah dan sekolah.
Sementara itu, bagi naib johan dan ketiga keseluruhan masing-masing disandang oleh Tawau,Sandakan dan Kota Belud dan tempat ke-5 Kota Kinabalu.Pemenang menerima piala pusingan,medal serta sijil penyertaan.
Sempena pertandingan itu,diadakan persembahan peserta terbaik,wasit juri dan kumpulan pemuzik gendang,serunai dan kulintangan dari daerah yang menyertai-END.