Selasa, 12 Oktober 2010

WARGA PENDIDIKAN TERIMA M.A EDUCATION





Sebahagian daripada warga pendidik yang menerima Ijazah Sarjana Pendidikan bergambar bersama pensyarah salah seorang UMS, sempena Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Sabah yang bermula 9-11 Oktober 2010.Gambar sebahagian warga pendidik dari sekolah pendidikan dan pembangunan Sosial yang mengambil jurusan pengurusan pendidikan secara kerja kursus antara yang menerima ijazah masing-masing pada hari pertama konvokesyen. Lebih 700 graduan terdiri daripada Ijazah Doktor Falsafah,Sarjana Penyelidikan, Sarjana Kerja Kursus, Diploma Pascasiswazah, Doktor Perubatan dan sarjana Muda hadir dalam sesi penganugerahan ijazah sidang1.Ijazah dan anugerah disampaikan oleh Canselor UMS, Tuan yang terutama Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri PanglimaHaji Ahmad Shah Bin Abdullah.Hadir sama Pro Canselor Dato Seri Yeoh Tiong Lay dan Naib Canselor UMS Brig.Jeneral Profesor Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Haji Ampun.Dimajlis itu Profesor Dr Ahmat Adam dianugerahkan penerima gelar Profesor Emeritus 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan