Sabtu, 16 April 2011

RM50,000 UNTUK SEKOLAH ST FRANCIS XAVIER KENINGAU



KKB…/SFX/Francis Andin(bhnews@bharian.com.my)

















Musa(empat dari dari kiri)memotong reben, simbolik perasmian bangunan baru SM Saint Francis Xavier Keningau.
















Musa (tiga dari kanan) merasmikan bangunan pejabat guru Saint Francis Xavier



KENINGAU : Lebih 20 Juta ringgit diperuntukan oleh kerajaan setiap tahun , kepada semua sekolah Massion dan Tionghua di negeri ini,dalam usaha membantu semua sekolah menaiktaraf prasarana sedia ada , termasuk pembinaan bangunan tambahan bilik darjah dan pentadbiran untuk keselasaan pelajar dan warga pendidik. Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Aman berkata peruntukan yang diberikan hasil kerjasama dan keprihatinan kerajaan negeri dan pusat dalam memastikan pembangunan pendidikan dapat dinikmati bersama secara berperingkat, oleh semua rakyat dinegara ini. “ Kerajaan akan terus berusaha dengan kerjasama badan bukan kerajaan untuk membantu memperlengkapkan kemudahan,keperluan sekolah mengikut keutamaan semasa,agar semua pelajar dan pendidik mendapat menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran dengan lebih selesa,berkesan dan mampu membantu pengurusan sekolah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang berkaitan”katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Sekolah Menengah Saint Francis Xavier,dekat sini. Hadir sama , Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sairin Karno; Pengetua Johnny Apin; Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Johnny Kulai dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah,Justin Asok. Pada masa sama,Musa berkata kerjasama semua pihak agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dan masyarakat amat penting, untuk membantu pengurusan sekolah merancang dan melaksanakan program pembangunan modal insan,termasuk membantu sekolah dalam mencari dana kewangan untuk melaksanakan projek pembangunan. Katanya,SM Saint Francis Xavier Keningau adalah antara sekolah yang telah berjaya mendidik ramai pelajar yang berjaya dalam pendidikan dan menjawat jawatan tinggi kerajaan dan swasta sejak ditubuhkan 50 tahun lalu. “ Kerajaan yakin dengan kerjasama padu semua pihak untuk memajukan sekolah,akan membantu mendidik lebih ramai cerdik pandai yang akan menjadi pemimpin dan tenaga kerja berkualiti kepada kerajaan dan juga sektor swasta,pada jangka masa panjang”katanya. Sehubungan itu, Musa memberi jaminan semua sekolah akan terus diberi perhatian dalam pelan pembangunan akan datang, untuk memastikan tidak ada rakyat tersisih dari arus pembangunan,khususnya peluang mendapat kemudahan pendidikan. Dalam pada itu, Musa mengumumkan peruntukkan RM50,000 kepada sekolah Saint Francis Xavier Keningau,sebagai penghargaan terhadap kesungguhan sekolah sehingga berjaya mencapai kejayaan dalam bidang prestasi akademik. Katanya sekolah telah menunjukkan kejayaan, apabila menjadi antara sekolah terbaik di negeri ini dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada 2007 dan pada 2009 dengan pencapaian 100 peratus lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian terbaik 11A. “ Peruntukkan ini adalah sebagai penghargaan kepada sekolah, untuk digunakan dalam pelbagai keperluan yang utama bagi memantapkan lagi pengurusan dan kemudahan untuk pelajar dan warga pendidik”katanya. Sempena majlis itu juga, Musa merasmikan bangunan baru sekolah dengan kemudahan 12 bilik darjah dan bangunan pejabat guru sekolah berkenaan. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan,Corel Speaking pelajar dan pelancaran Kapsul Masa yang akan dibuka semula pada 2035.-END.